Gadis 17 Tahun DirogoI BergiIir-giIir OIeh Teman LeIaki Dan Iima Rakan Di Pasir Mas, KeIantan



Nota: Gambar di atas adalah rekaan semata-mata untuk tujuan ilustrasi.

Di bulan yang mulia ini, setiap orang digalakkan memperbanyakkan ibadah dan mengejar pahala dari Allah SWT.

Tetapi, bagi empat lelaki dari Kelantan ini, mereka sebaliknya telah melakukan perbuatan terkutuk secara berkumpulan.

Menurut Harian Metro, empat lelaki telah ditahan polis di antara 3 hingga 7 petang kelmarin selepas dipercayai terbabit dalam kes rogol.

Kesemua suspek berusia antara 20 hingga 32 tahun itu ditahan di rumah masing-masing di Chetok, Pasir Mas selepas seorang remaja perempuan membuat laporan polis berhubung kes itu.

Menurut gadis berusia 17 tahun itu, dia bersama teman lelakinya pada hari kejadian (3 Jun) sebelum dibawa lelaki itu yang berusia 21 tahun ke sebuah pondok di Tok Uban.

Di situ, mangsa telah dirogol secara bergilir-gilir oleh enam lelaki termasuk teman lelakinya itu antara jam 11.45 malam dan 4 pagi. Lima lelaki yang merogol gadis itu dipercayai rakan-rakan kepada teman lelakinya. Tak guna punya boyfriend!

Pemangku Ketua Polis Kelantan Senior Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, pihaknya masih memburu dua lagi lelaki yang masih bebas.

Mangsa dirogol secara bergilir-gilir sebelum dihantar pulang ke rumah pada 4 pagi semalam sebelum tampil membuat laporan polis bersama ibunya.”

0 Response to "Gadis 17 Tahun DirogoI BergiIir-giIir OIeh Teman LeIaki Dan Iima Rakan Di Pasir Mas, KeIantan"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel